Wednesday 30 April 2014

Only For Women :)

WANITA DI DALAM ISLAM

Al-FATIHAH.. Yasmin Binti Johan (22 Februari 1995- 3 Jun 2012)


Islam memandang tinggi terhadap wanita dan menganggap mereka sebagai satu unsur yang melengkapi lelaki sepertimana lelaki juga melengkapi wanita. salah satu darinya bukanlah lawan,tandingan dan saingan dengan salah satu sama lain. sebaliknya ia membantu bagi  dalam kesempurnaan induvidu dan jenisnya.

ia telah termaktub di dalam sunnah dari  Allah terhadap makhluk , yang mana pasangan menjadi salah satu dari keistimewaan.. kita dapat  melihat jantan dan betina didalam alam manusia,haiwan dan tumbuh-tumbuhan.kita  dapat melihat tarikan magnet positif dan negatif dan elektrik sehinggakan atom pun mempunyai caj tersendiri(elektron dan proton).

Al-Quran telah menyentuh perkara-perkara ini semenjak empat belas(14) kurun yang lalu.. Firman Allah s.w.t di dalam quran :

maksudnya : Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan supaya kamu mengingati(kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)

Surah al-zariyat :49



Lelaki dan wanita adalah umpama botol dan penutup serta sesuatu dan pasangannya saling memerlukan diantara satu sama lain.

Semenjak Allah menciptakan manusia pertama (Adam a.s.) Allah menjadikan isterinya(Hawa) untuk dia bersenang hati bersamanya. Beliau tidak ditinggalkan berseorangan walaupun di dalam Syurga.

Di dalam Al-Quran , Allah telah berfirman yang bermaksud :


Wahai Adam! Tinggallah engkau  dan isteri engkau di dalam syurga ini, dan makanlah dari makanannya sepuas-puas apa saja yang kamu mahukan,yang kamu sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini(khaldun) ,jika kamu menghampirinya maka akan menjadikan kamu dari golongan orang-orang yang zalim...

Oleh itu... Islam mewajibkan ke atas wanita :

(a) Merendahkan pandangannya serta menjaga kemuliaan dan kesuciannya.

(b) Merasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan mereka.

(c) Hendaklah berhati-hati semasa mengaturkan langkahnya dan pertuturannya.

 WANITA MEMPUNYAI STATUS  TERSENDIRI

Islam tidak menghapuskan personaliti wanita dengan perkahwinannya. Ia tidak mencampurkan personaliti wanita dengan suaminya sepertimana keadaan tradisi yang diamalkan di negara barat yang menjadikan wanita sebagai ikutan terhadap lelaki.

Sebaliknya Islam mengekalkan personaliti wanita yang berbeza dan tersendiri. kita dapat mengenali isteri-isteri Rasulullah s.a.w dengan nama-nama mereka serta nasab-nasab(keturunan) mereka. Umpamanya Khadijah Binti Khuwailid, 'Aisyah Binti Abu Bakar, Hafsah Binti Umar,Maimunah Binti al- Harits dan Sofiyyah Binti Huyai yang mana bapanya seorang penganut Yahudi yang memusuhi , Membenci Rasulullah s.a.w.

Kesimpulanya disini.. Islam amat menitikberatkan soal peribadi seseorang wanita dan memuliakan dan menaikkan darjat kepada kaum wanita.

Sekian,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

...............................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................


WOMEN IN ISLAM

Muslim women in high esteem and regard them as an element of a complete man as well as man complements woman. one of them is not the enemy, and stay competitive with one another. rather it helps for the perfection induvidu and kind.

it was enshrined in the Sunnah of Allah to the creation, in which the couple became one of the privileges .. we can see the male and female in the realm of humans, animals and plants tumbuhan.kita can see the positive and negative magnetic attraction and electricity so atoms already has its own charges (electrons and protons).

The Qur'an has touched these things since fourteen (14) centuries ago .. Allah says in the Quran:

meaning: And all things We have created by pairs, that you may remember things (and bears Us)

Surah al-zariyat: 49



Men and women are like bottles and lids as well as a partner and mutually need each other diantaea.

Since God created the first man (Adam) He made his wife (Eve) to be pleased with him. He was not left alone even in heaven.

In the Qur'an, Allah says in the Quran:


O Adam! Dwell thou and thy wife in Paradise, and eat to your hearts content whatever you want, what you like and do not approach this tree (Khaldun), if you come it will make you among those who do wrong ...

So ... Islam requires of women:

(A) Lowering the gaze and keep the dignity and sanctity.

(B) Feeling ashamed and cover clothing and jewelry but not in a form that makes it difficult for them.

(C) Should be careful while arranging his pace and speech.

 STATUS OF WOMEN HAVE OWN

Islam does not eliminate the personality of women by marriage. It does not mix with her female personality as the tradition is practiced in western countries women for the male role model.

Rather Muslim women maintain different personalities and distinctive. we can recognize the Prophet's wives with their names and lineage-lineage (descent) them. For example, Khadijah Bint Khuwaylid, 'Aisha Bint Abu Bakr, Hafsah Bint Umar, Bint al-Harith Maimunah and Sofiyyah Binti Huyai where his father was a Jew who is an enemy, Hating Messenger

As a solution here .. Islam emphasizes a woman's personal feelings and honor and elevate the women.

Thank you,
May Allah Almighty bless you :)

Sunday 27 April 2014

No Comment

AMARAN !JEREBU! 

Dekat malaysia ni setiap tahun mesti ade fenomena jerebu berlaku....tak kire ar kt mane2 pun..
kalau subuh tu memang tak nampak lah....  tapi dah waktu puncak, memang ketara nampak asap mcm asap bakar sampah petang2 tu...

nak tahu ape itu jerebu? punca? akibat dan langkah2 ketika dan pencegahan nya? mari kita bace reramaiiii.........






                                                          (sekitar kuala lumpur)
Apa tu jerebu?

jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera.Pada kepekatan yang tinggi , zarah ini terseak dalan menyerap cahaya matahari , ini menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri( kabus gelap).

jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapo juga di luar bandar.Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber secara semulajadi atau aktiviti manusia itu sendiri..

Zarah-zarah terbentuk hasil daripada manusia seperti lah :


  • Pembakaran terbuka
  • Pembukaan tanah haram
  • Penggunaan kenderaan bermotor
  • Pembakaran bahan api industri

Jerebu di Malaysia

Di kawasan tropika(lembab) , angin biasanya bertiup perlahan.. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa musim monsun barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini , pembentukan awan adalah aktif dan menyebabka keadaan menjadi kering.
  •  Faktor-faktor yang tejadinye membentukan jerebu :
  • Tempoh cuaca kering yang panjang(kemarau)
  • Keadaan atmosfera yang stabil
  • Sumber pencemaran yang Pelbagai

Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
  • Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
  • Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
  • Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
  • Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
  • Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
 Adakah Jerebu Berbahaya?
Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia  
IPUPENGKELASAN
0 - 5Sihat
51 - 100Sederhana
101 - 200Tidak Sihat
201 - 300Sangat Tidak Sihat
> 300Berbahaya


 Ketebalan Jerebu dan Jarak Penglihatan 
KETEBALANJARAK PENGLIHATAN MENDATAR
Tersangat Tebal< 500
Sangat Tebal500 - 2000
Sederhana Tebal2000 - 5000
Kurang Tebal5000 - 10 000
Terang> 10 000

Kesan Kepada Diri :
  • Batuk , Pening , Penyakit Mata 
Kesan pada Alam sekitar Dan Negara
  • Berlakunya perubahan suhu
  • Keseskan lalu lintas yang berpanjangan
  • Dll lagi


Langkah Mengurangkan Masalah Jerebu
  • Hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti ini
  • Peningkatan kenderaan bermotor di jalanraya. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan baik disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya
  • Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah boleh mengurangakan jerebu.

In the Evening ... bla ... bla... bla...

Subhanallah.....daripada Ilahi...



Kata manusia... CINTA itu INDAH....
Kata manusia...CINTA itu SEMPUNA....
Kata manusia...CINTA itu juga PENGUAT KEHIDUPAN KITA...

betul ke?

 Saban hari... saban waktu... tidak kira malam dan siang... sering kita dengar lagu-lagu cinta, jiwang karat lah , ape lah lagi ntah...So.. mesti sama ada sedih, gembire, bengang dan lain2 lagi arh an... heheh....betol x???...kalau bagi siapa yang nak naik(mula) atau sedang dilamun cinta tu , setiap malam mesti dengar lagu -lagu jiwang, hari-hari hantar mesej i love you, i need you. Lagi-lagi lelaki...macam aku(tapi aku lain) ,huhuhu....
Dah lumrah manusia kan??.ingin mencintai dan dicintai insan lain.(adatt). cinta tak kan pernah lari, makin lama kita nak lari dari cinta.. makin lah dekat dia datang....bak kata omputih.... ke hujung dunia...hahhaa... tak kan dapat kita lari dari anugerah tuhan ini....
         



 Pelbagai jenis cinta yang kita dapat lihat sekarang ini....ade yang benar2 cinta macam     lagu adam af, cinta muka buku bak kata wawa(Imratul  Najwa)....cinta gila macam Grey Sky Morning.....
tapi jangan lah ikot cinta nafsu ye... bukan nak mengata tapi berlaku didepan mata....Yelah mula2 cinta,suka....i loveeee you..muah muah10 sampai ke cuping handphone.. kalau ayat couple mesti lah mama, papa, daddy, mummy,abg,ayg,ucukk acemmm..dan lain2 lagi.... manis memang manis cinta tu... tapi kalau dah sampai tahap maksima...mula lah... tut3... abg, ayang dah 2 minggu!... yang si abg tup!... offkan handphone nye....






 PAHIT? ishhhh tak lari lah ..... mesti ade punye... bile pahit?.. gadoh... putusss...ehem.. ok lah aku pun menpunyai pengalaman dalam cinta ini....dah bermacam2 gadis aku cintai... memang sama... tapi berlainan nya.....seorang yang macam tu... seorang yang macam ni..akhirnya putus ..




.
                                             

 Macam mula2 aku cakap tadi lah kan... CINTA memang indah daripada ilahi.... gunakanlah cinta itu sebaiknya... janganlah sia2 kan cinta yang dianugerahkan pada korang... aku bukan serik cuma buat masa ini nak ubat luka yang dalam... dah 5 bulan kt ICU tp...nak jodoh yang baik berdoa pada Ilahi ye...

dari aku mula melalot... baik sampai sini je cerita dan coretan malam aku....
 "Yang baik tu datang dari Allah,
      Yang buruk tu datang dari hamba ini".....

Terima kasih Ya Allah....

Ulama' Penyambung Sunnah Rasulullah s.a.w


HABIB SYECH BIN ABDUL QADIR ASSEGGAF



(Malay subtitles) :

Nama Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara meluas di kalangan masyarakat. Namun di kalangan jamaah majlis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenali. Terutama kerana ketokohan beliau dikurnikan oleh ALLAH dengan memiliki suara yang sangat merdu.

Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majlis shalawat mahupun masyarakat awam.

Dengan suara yang merdu ini, Habib Syech berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar. Ribuan bahkan jutaan belia turut bergabung dalam acara-acara selawat yang dianjurkan.

Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.

Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berkongsi dan memberi, meskipun beliau sendiri kadangkala dalam kekurangan. Bahkan ketika awal pembabitan dakwahnya ke pelosok-pelosok Indonesia, beliau membawa nasi bungkus, untuk dibahagikan kepada para jamaah.

Dengan Kereta Angin

Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah berjawa sebagai seorang usahawan tapi kemudian muflis. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.

Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justeru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.

Terkadang Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf secara istiqamah memberikan ta’lim di sebuah daerag bernama Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di Jawa Tengah.

Buat seluruh rakyat Malaysia, INSYA’ALLAH, khabarnya beliau akan hadir ke Malaysia pada tarikh 20-22 Oktober 2012. Mohon kuti perkembangan dari [The Official " Inteam Band " Fan Page] ya. Jom berkasih sayang saling doa mendoakan ya.. ^_^

Sumber: Majalah Kisah Islam Al-Kisah No.18/25 Ogos – 7 September 2008


(English subtitles) :



Name Shaykh Habib Abdul Qadir bin Asseggaf as a preacher , perhaps not widely known among the public. Yet in the midst event or activity shalawat Maulidan , he is well known . Especially because his charisma dikurnikan by Allah with a very melodious voice .

In addition they also create their own song qashidah the tone and rhythm of acceptable ear society , good society familiar with the activities of the civil society as well shalawat .

With a melodious voice , the Habib Syech successfully courting the young until they love qashidah with poems entirely derived from book Simthud Durar . Thousands even millions of youth also join in events organized peace .

Actually qashidah poems he brought the poem of praise is not new, but Shaykh Habib successfully develop and update the rhythm of traditional Minangkabau reading becomes more beautiful and seductive listening ear .

In addition, Shaykh Habib Abdul Qadir bin Asseggaf also like sharing and giving , though he himself sometimes in shortage . Even during the early involvement of preaching to the furthest corners of Indonesia , he brought rice packets , to be divided amongst the pilgrims .

By Car Wind

Traveling Solo live births Habib , 20 September 1961 , this is quite complicated . He was berjawa as an entrepreneur but then bankruptcy . At the moment it's hard , doing missionary Shaykh Habib car use wind to the furthest corners to perform the duties of the teacher , the late Habib Anis bin Alwi Alhabsyi , Riyadh mosque imam Gurawan Solo.

At that time Shaykh Habib Abdul Qadir bin Asseggaf also often derided as people who do not have a job and habib imitation . But Shaykh Habib was never angry or resentful to the taunt . On the contrary , she still smiled and gave anything to him .

Sometimes Shaykh Habib Abdul Qadir bin Asseggaf a steadfast provide Ta'lim in a daerag named Goodness , while preaching routine in the city and the city of Solo in Central Java.

For all Malaysians , god willing , it seemed he would attend to Malaysia on 20 to 22 October 2012. 're Kuti development of [ The Official " Inteam Band " Fan Page ] yes . Let prayer pray mutual love ya .. ^ _ ^

Source : Al - Islam magazine story Story No.18/25 Jul - 7 September 2008




Di Ambang Pengakhiran Dunia


Berita tentang perbicaraan kes Moshe Katsav, merupakan bekas presiden Israel (2000 - 2007) menarik perhatian saya, tapi bukan kerana kes yang dibicarakan. Tahukah kita bahawa beliau dilahirkan dalam wilayah Isfahan Iran? Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang, iaitu sermai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.


Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhir zaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah ia dikuti oleh Yahudi Isfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.

Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :

"Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan."- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :

"Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah ". Hadis riwayat Muslim.

Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah muncul ialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu Yahudi Isfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan Yahudi Isfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim.

"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,..."(Al-A'raaf 7:160)

Berbeza dengan puak-puak yang lain Yahudi Isfahan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.

Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan ini memakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya tersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti yang diberitahu dalam hadis tersebut.

Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisah tersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corak jalur biru tua secara memanjang.










 1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!





ALLAH TUHANKU..
MUHAMMAD S.A.W. NABI AKHIR ZAMANKU..
AL QURAN KITA AGAMA KU..
SUNNAH IKUTANKU...
ISLAM AGAMA  KU...