Tuesday 24 December 2013

kehidupan di melaka....

Assalamualaikum w.b.r.t....

     STORY 1

Selamat Sejahtera semua pembaca blog.. rasanya dah sebulan saya xupdate story2 ni.... Alhamdulillah... saya sekarang sudah 1 bulan berada di Melaka... Banyak juga pengajaran yang dapat saya belajar dari hidup di negara orang ini... susah senang. serba kekurangan mengajar saya erti kesabaran dan perlu menjimatkan duit poket... walaupun duduk dekat negeri sembilan... bukan bermakna ia dah cukup dekat dan senang nak pulang ke sana.... dari segi kewangan tu semua orang pasti merasa kekurangannya..


 Sebagai seorang Student yang tinggal Di asrama... pelbagai halangan yang perlu ditempuhi ... ada pahit dan manis yang perlu ditempuhi dekat sini selama 3 tahun...itu pun kalau pointer cemerlang... insyallah...kehidupan budak asrama tidak lah seteruk yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak...ada yang cakap kena buli lah...tak puas hati je senior belasah sampai mati... tak betul semua tu... kalau kita hormat mereka, insyallah pasti akan dibalas dengan pertolongan...

Di asrama atau dipanggil Rumsis ,saya tinggal bersama 9 orang jejaka idaman gadis gadis melayu yang terakhir di kuim ini... hahahahaha....

Antara Jejaka itu ialah BOB(Raja Muqri)MAN... JE(rahmani) KOMANDO(Alip)KECIK(syafiq)FIK(fikri)BOTAK(nama tak ingat) NAIM dan AMIR... Alhamdulillah semua gila- gila dan baik hati... makan pun tak lah berkiraaa... nak dikatakan macam satu keluarga... Dalam banyak2 Roomate,Roomate kami lah ketawa paling kuat... maybe PakGuard pun dah muak dengan gelak kami...tapi... student lelaki memang kuat gelak... apatah lagi sama kepala kan...


 Alhamdulillah... sebulan sudah saya menjadi mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)... DHM 34 DIPLOMA PENGURUSAN HOTEL... sesi II 2013/2014...Insyallah dengar khabarnya Kolej ini akan dinaiktaraf menjadi Universiti Islam Melaka Malaysia(UIMM)...Saya bangga menjadi MAHASISWA KUIM(buat muka bangga sambil tabik " xp" )


............................................

STORY 2




Cuti santai Pengkalan Balak (melaka)


Nak cerita pun saya dah penat ini gambar yang disnap oleh kami....ini pun pergi tak planning sangat... tapi best jugak le...kami pergi pun masa hari xade class... hahaha memandai cuti je ni... saja hilang bosan kata diorang..(yela tu)...












apa macam... style ke idokkk....? jawapan anda______________

sampai sini je cerita nye... esok lusa jumpa lagi... assalamualaikum...