Wednesday 29 October 2014

My New Recipe : Agar-Agar Ikan Koi Lenang-lenang & Pasta D'Amour with Chicken Cutlet

Assalamualaikum .. Terima Kasih kerana sudi menjengah ke bLog ini :).. Harini Aku nak kongsi sikit resepi kt angpa .. resepi ni baru ja buat.. ini pun untuk mengisi masa lapang dan berlatih tok akan datang :).

Okey, Mari kita tengok Resepi yang dah aku buat :)...


Agar-Agar Ikan Koi Lenang2 

Bahan A :

Gula 
Sirap Ros
Agar-Agar
Serbuk gula manik warni

Bahan B :
 Air

Cara Membuat :

Panaskan air ke dalam Periuk ,Kemudian masukkan Agar-agar yang baru dikeluarkan dari bungkusan ke dalam periuk yang panas tadi.



Masukkan Gula dan bersama bahan pewarna(Sirap
Ros)  kedalam periuk dan kacau sehingga mendidih.

Selepas itu, tutup api dan tuangkan agar-agar tadi ke dalam bekas acuan, taburkan gula manik .
.. dan simpan didalam peti ais atau biarkan selama 10 minit..

Sedia untuk di hidangkan




Pasta D'Amour with Chicken Cutlet


Bahan A :

Daging ayam (dipotong dadu)
Minyak zaintun
Bawang putih dan Bawang merah
(Ditumbuk atau diblender)
Garam
Lada Sulah
Spaghetti

Bahan B:
Sos Pasta ( Kimball atau apa saja)
Bahan C:
 Hiasan (daun sup atau ape2 saja)

Cara Membuat :

Panaskan Minyak zaitun dalam kuali,
kemudian masukkan potongan ayam dan biarkan ia menjadi keemasan..

Setelah itu, Masukkan bawang yang diblender dan gaul bersama daging ayam tadi..

Bila ayam dan Bawang tadi telah naik baru, masukkan sos pasta dan gaul sebati..setelah digaul dan nampak agak baik, masukkan pula lada hitam dan daun sup.
detakkan sedikit garam secukup rasa dan biarkan selama 2 minit..


Sementara menunggu bahan A  masak, Spaghetti hendaklah dimasak terlebih dahulu.. jangan terlalu lembik atau keras kerana akan merosakkan rasa kurang enak pada sos..

Setelah Bahan A dan B tadi sudah siap.. Masukkan Spaghetti(ditoskan terlebih dahulu) didalam sos pasta , dan gaul Bahan A dan B sebati..

Akhir sekali, Sediakan Pinggan yang baik lalu angkat sedikit pasta yang siap kedalam pinggan tersebut..

Notis Pemberitahuan ni :) !
HA..ahh... ada teknik untuk menyediakan nya.. amik sudu garfu kt umah tu  gulung kan pasta guna sudu tu...

Kemudian hiaskan dengan Daun sup dan sedikit lada hitam..

Siap untuk di ngap! :)

Itu saja .. sekian time kasih :)

Chef Syukry