Asas Ilmu, Penemuan Dilakukan Ilmuwan Islam Jadi Pencetus Kepada Kajian Sarjana Barat.
Ada
Rasul dan Nabi dikurniakan mukjizat iaitu pemberian Allah untuk
melakukan perkara luar biasa yang tidak mengikut sebab musabab. Mukjizat
terbahagi kepada dua iaitu mukjizat hissi dan aqli.
Mukjizat
hissi dalam bentuk yang boleh di kesan pancaindera(dilihat, didengar,
atau disentuh) dan bertindak secara fizikal seperti contoh tongkat Nabi
Musa bertukar menjadi ular atau Nabi Musa menyembuhkan orang buta sejak
lahir.
Mukjizat aqli pula hanya mampu difahami manusia dengan
akal sihat, bebas daripada emosi dan prasangka serta dengan mata hati
yang masih boleh menerima hidayah. Satu-satunya mikjizat aqli ialah
Al-Quran. Seterusnya kita akan membincangkan dengan lebih mendalam
tentang mukjizat aqli ini.
Sesungguhnya keagungan dan kebenaran
kandungan Al-Quran tidak dapat di sangkal sesiapa lagi. Kandungan
Al-Quran tidak mampu dicipta sesiapa selain Allah Maha Pencipta. Hal ini
membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah
bermaksud:Maka apakah mereka tidak memerhatikan Al-Quran?Kalau sekiranya
Al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat percanggahan
yang banyak di dalamnya. ’’(surah An-Nisa, ayat 82).
BUKTI-BUKTI KEBENARAN MAKLUMAT SAINS DALAM AL-QURAN
1.Doktor
perubatan Perancis Maurice Bucaille(1978) menulis di dalam bukunya yang
bertajuk THE BIBLE THE QURAN AND SCIENCE ‘Sementara ada kesalahan amat
ketara dalam Bible, saya tidak mendapati satu pun kesalahan dalam
Al-Quran.
2.Buku Encyclopedia Britannica edisi ke 9 mencatakan Islam tidak pernah memisahkan antara ilmu sains dengan ketuhanan.
3.Christopher
Columbus(1451-1506 Masihi) mengakui naluri atas dorongan kuat untuk
belayar ke arah Barat dari Eropah sehingga menemui benua Amerika
berdasarkan rujukan tulisan ilmiah kitab Geografi Ibn Rushd.
4.Kumpulan
astronomi diketuai Muasa Ibn Shaki di arahkan Khalifah al-Mamum
mengukur lilitan Bumi di Khatulistiwa sepanjang 40, 253. 4km. Anggaran
yang di buat pada hari ini ialah 40, 068km. Maklumat mengenai Bumi itu
bulat banyak diterangkan dalam Al-Quran walaupun tidak secara khusus.
5.Cendekiawan
Islam seperti Al-Biruni, Nazir, Al-Dinb, Ibnu Sina, Muhammad Ibnu Musa
al- Khuwarizmi dan Ibnu Yunus mengemukakan teori sains bedasarkan
pengetahuan yang diperoleh daripada Al-Quran.
6.Ayat berkaitan
kosmologi(mengkaji asal usul, proses, dan struktur alam semesta)
menyebut mengenai langit serta bintang sebanyak 29 ayat, planet, bintang
dan orbit sebanyak 15 ayat, musim(25 ayat), penerbangan angkasa lepas(5
ayat), tahi bintang(4 ayat), kehidupan di angkasa lepas(5 ayat) dan
angkasa lepas(8 ayat).
7.Pakar Sains bukan Islam mengakui kebenaran fakta dalam Al-Quran sehingga ada antara mereka yang memeluk Islam.
8.Terdapat kira-kira 750 rujukan berkaitan alam semesta dalam agama Islam.
Biarpun
Al-Quran sudah diturunkan kira-kira 1400 tahun dahulu manusia masih
belum mampu membongkar semua kandungannya. Semakin banyak yang dikaji.
semakin banyak manusia berasakan tidak mengetahuinya.
Banyak
maklumat sains dalam Al-Quran dibongkar dan diakui kebenarannya oleh
pakar termasuk bukan Islam. Mereka mengakui kandungan dalam Al-Quran
bukan direka Nabi Muhammad SAW. Tidak mungkin maklumat setepat Al-Quran
dicipta atau dikarang manusia.
Perkara yang diterangkan dalam
Islam mengenai sains wajar dijadikan pemangkin supaya umat Islam dapat
mencari lebih banyak pengetahuan untuk dimanfaatkan dalam kehidupan
manusia.
Sesungguhnya Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan
termasuk berkaitan sains. Islam mengajar kita mendalami ilmu untuk
kebaikan umatnya. Manusia akan lebih mengenali Maha Pencipta apabila
mengetahui lebih banyak mengenai ciptaan-Nya.
Islam juga
menuntut umatnya memanfaatkan seluruh kejadian alam dan ini hanya dapat
dilakukan dengan adanya ilmu. Cuba anda bayangkan jika Islam menolak
sains pastinya hal berkaitan sains tidak dimasukkan dalam Al-Quran dan
tamadun Islam tidak akan berkembang.
Kandungan ilmu dalam
Al-Quran juga mengajak kita untuk memperteguhkan tauhid mengesakan
Allah. Banyak ayat Al-Quran mengajak kita berfikir serta mengkaji dan
memahami tabii alam.
Firman Allah bermaksud:`Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?(surah al-Anam, ayat 32).
Mengagumi
kandungan Al-Quran menjadi inspirasi kepada sarjana Islam dulu yang
berjaya menemukan banyak ilmu sains yang menjadi asas kepada ilmu sains
dan teknologi sekarang. Mereka bersungguh-sungguh memartabatkan agama
Islam yang syumul. Nama seperti al-Biruni, Nazir, al-Dinb, Ibnu Sina,
al-Khuwarizmi dan ramai lagi berjaya mencungkil dan mengemukakan teori
sains mereka berdasarkan pengetahuan yang diperoleh dari Al-Quran.
Penguasa
atau pemerintah umat Islam pada era kebangkitan Islam dulu memberi
kedudukan yang tinggi kepada ahli sains. Mereka menyumbang kepada
perkembangan ilmu sains dan matematik serta teknologi. Antara bidang
yang di sumbang oleh mereka seperti perubatan, zoologi, algebra, angkasa
lepas, trigonometri dan banyak lagi.
Apa yang pasti mereka
telah berjaya mengubah cara hidup manusia ke arah yang lebih baik. Para
sarjana Islam mengkaji serta mencari penemuan-penemuan yang baru
berdasarkan kandungan Al-Quran.
Mereka mengumpul semua maklumat
termasuk yang ditemui atau diperkatakan ahli sebelumnya dan dipadankan
pula dengan apa yang dijelaskan dalam Al-Quran. Hasilnya mereka berjaya
mendapat satu keputusan yang lebih tepat dan menjadi rujukan ahli dalam
bidang berkenaan sehingga ke hari ini.
Tidak dapat disangkal
lagi bahawa asas ilmu atau penemuan dilakukan ilmuwan Islam menjadi
pencetus kepada kajian seterusnya oleh ilmuwan Barat. Semua kajian itu
bemula daripada apa yang telah dijelaskan dalam Al-Quran.
Sebenarnya
tanpa buku-buku Islam sememangnya sukar untuk orang-orang Barat untuk
memahami ilmu-ilmu dan penemuan yang dilakukan para sejarawan kita.
Pernah
Regiomontanus diperintah agar membuat perkakas gerhana berdasarkan ilmu
Ptolemy(sejarawa Barat) tetapi kerana tidak cukup maklumat beliau telah
merujuk kepada buku-buku astronomi Islam. Selasai sahaja kerjanya
beliau telah memberi nama “Alidade”, sebagai memperingati jasa Alidad
yang menciptanya.
Sekarang kandungan Al-Quran semakin banyak
dikaji pakar sains bukan Islam. Mereka mendapati apa yang terkandung
dalam Al-Quran adalah benar belaka. Ada antara mereka yang menganut
Islam selepas mengkaji kandungan Al-Quran. Sebahagian yang lain pula
walaupun menjadikan Al-Quran sebagai bahan kajian tetapi juga tidak
mampu untuk menolak kebenarannya.
Seharusnya umat Islam itu
sendiri perlu mengkaji isi kandungan Al-Quran supaya kita dapat
mempelajari segala perkara dan hal-hal yang tersingkap dalam kandungan
Al-Quran seperti ilmu sains, matematik, peradaban manusia, teknologi,
sejarah-sejarah agama Islam dan sebagainya supaya umat manusia yang lain
lebih mempercayai dan meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap kita.
Dengan
itu kita juga mampu untuk mengunakan segala ilmu yang kita peroleh
untuk memajukan bangsa Islam terlebih dahulu supaya kita dapat menjadi
model kepada pembangunan ilmu di negara lain. Mereka juga akan mula
mengagumi agama Islam dan bertekad untuk menganutnya.
Secara
tidak langsung umat Islam telah berjaya menyebarkan agama Islam dengan
lebih menyeluruh. Justeru umat Islam kini perlu bangkit untuk meneruskan
apa yang pernah dicapai tokoh ilmu sains Islam terdahulu.
Masih
terlalu banyak kandungan Al-Quran yang masih belum dikaji dan
memerlukan penelitian untuk memanfaatkannya. Jika bukan Islam yang
berminat terhadap Al-Qurn mengapa umat Islam tidak mengambil kesempatan
itu.
Umat Islam kini hanya membaca Al-Quran tetapi tidak cuba
mencungkil 1001 rahsia disebalik setiap isi yang terkandung dalam 6666
ayat itu.
Renung-renungkan.
KESIMPULAN
Al-Quran
itu diturunkan Allah melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW
untuk menjadi panduan kita seluruh umat Islam sehingga ke akhir zaman.
Walupun Al-Quran itu sudah beribu-ribu tahun lamanya telah diturunkan
kepada umat Islam tetapi masih ramai yang tidak mengamalkannya.
Ketika
ajaran agama Islam telah meluas tersebar barulah kita dapat melihat
kewujudan tamadun Islam yang maju telah membangun disegenap pelosok
dunia. Hasilnya kita dapat melihat kepada kewujudan dan penciptaan
teknologi serta ilmu sains dan matematik yang unggul.
Semua ini
hasil daripada para sarjana Islam yang bertungkus-lumus mengkaji dan
mempelajari rahsia daripada Al-Quran. Kerana dari Al-Quran telah wujud
segala ilmu sains, matematik dan teknologi yang diceritakan satu persatu
dengan lengkap.
Para sarjana Islam telah berjaya merungkai isi
kandungan Al-Quran dan panduan sehingga berjaya menghasilkan ilmu
pendidikan seperti algebra, trigonometri, perubatan, zoologi, sistem
cakerawala dan sebagainya.
Dari situ lahirlah sarjana sains yang unggul seperti al-Khwarizmi, Ibn-Sina, al-Biruni, Ibn-Rushd dan ramai lagi.
Tidak
dinafikan lagi Al-Quran memang banyak mempengaruhi hidup umat Islam.
Cuma hanya kita sahaja yang perlu berusaha untuk mengorek dan
mempelajari dengan lebih mendalam untuk memperoleh hasilnya.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment