Dekat malaysia ni setiap tahun mesti ade fenomena jerebu berlaku....tak kire ar kt mane2 pun..
kalau subuh tu memang tak nampak lah.... tapi dah waktu puncak, memang ketara nampak asap mcm asap bakar sampah petang2 tu...
nak tahu ape itu jerebu? punca? akibat dan langkah2 ketika dan pencegahan nya? mari kita bace reramaiiii.........
(sekitar kuala lumpur)
Apa tu jerebu?
jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera.Pada kepekatan yang tinggi , zarah ini terseak dalan menyerap cahaya matahari , ini menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri( kabus gelap).
jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapo juga di luar bandar.Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber secara semulajadi atau aktiviti manusia itu sendiri..
Zarah-zarah terbentuk hasil daripada manusia seperti lah :
- Pembakaran terbuka
- Pembukaan tanah haram
- Penggunaan kenderaan bermotor
- Pembakaran bahan api industri
Jerebu di Malaysia
Di kawasan tropika(lembab) , angin biasanya bertiup perlahan.. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa musim monsun barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini , pembentukan awan adalah aktif dan menyebabka keadaan menjadi kering.
- Faktor-faktor yang tejadinye membentukan jerebu :
- Tempoh cuaca kering yang panjang(kemarau)
- Keadaan atmosfera yang stabil
- Sumber pencemaran yang Pelbagai
Zarah-zarah
yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang
terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan
atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya
berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya,
semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut
China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di
daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam
keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan
cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu,
zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
- Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
- Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
- Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
- Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
- Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
Adakah Jerebu Berbahaya?
Jerebu
berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah
tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di
kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka
panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan
kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi
mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang
sensitif.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia
IPU | PENGKELASAN |
0 - 5 | Sihat |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak Sihat |
201 - 300 | Sangat Tidak Sihat |
> 300 | Berbahaya |
Ketebalan Jerebu dan Jarak Penglihatan
KETEBALAN | JARAK PENGLIHATAN MENDATAR |
Tersangat Tebal | < 500 |
Sangat Tebal | 500 - 2000 |
Sederhana Tebal | 2000 - 5000 |
Kurang Tebal | 5000 - 10 000 |
Terang | > 10 000 |
Kesan Kepada Diri :
- Batuk , Pening , Penyakit Mata
Kesan pada Alam sekitar Dan Negara
- Berlakunya perubahan suhu
- Keseskan lalu lintas yang berpanjangan
- Dll lagi
Langkah Mengurangkan Masalah Jerebu
- Hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti ini
- Peningkatan kenderaan bermotor di jalanraya. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan baik disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya
- Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah boleh mengurangakan jerebu.
No comments:
Post a Comment